BLUEGREY HOUSES
Friday, 24 July 2015
Asal usul kampung karanaan ranau sabah
ASAL - USUL KAMPUNG KARANAAN LAMA RANAU SABAH
DITULIS OLEH:
( anak kelahiran kampung karanaan Ranau )
( anak kelahiran kampung karanaan Ranau )
Masa dulu- dulu lagi ada satu keluarga dari Nonok Ragang mereka ini ingin mencari sumber rezeki dan tempat tinggal yang sesuai untuk keluarga mereka. Maka dengan itu, keluarga tersebut telah merancang untuk menyusuri sebuah sungai yang diberi nama sungai Liwogu.Apabila mereka sampai di kuala sungai Liwogu dan sungai lagi yang diberi nama sungai Kenipir. Keluarga tersebut merancang untuk menyusuri sungai Kenipir tersebut. Selepas itu,keluarga tersebut telah sampai di satu tempat yang bernama Timbabar.Mereka telah menjadikan tempat tersebut sebagai tempat tinggal sementara sehinggalah keluarga tersebut beranak-pinak.Apabila keluarga itu semakin banyak dan bertambah jumlahnya.Disebabkan oleh itu, keluarga tersebut telah melantik seorang daripada mereka sebagai penghulu dan merangkap sebagai ketua pahlawan. Tapi mereka tidak lagi menduduki tempat tersebut kerana tempat tersebut sudah tidak sesuai untuk diduduki dan sumber rezikinya sudah tiada.Seterusnya, mereka merancang untuk menyusuri hulu sungai Kenipir tersebut. Sampailah mereka di suatu tempat yang tempat tersebut belum bernama. Tahun demi tahun,keluarga tersebut bertambah lebih banyak lagi sehinggalah mencapai tujuh buah rumah panjang, yang setiap sebuah rumah mempunyai ketua pahlawannya yang tersendiri. Bangsa mereka pada masa itu adalah dusun dan mereka mempunyai satu ketua pahlawan di setiap rumah panjang tersebut kerana bangsa dusun atau kebiasaannya dipanggil kaum dusun disebabkan keturunan orang masih menegakkan perpaduan. Selepas itu, penghulu merancang membuat satu pesta besar-besaran untuk merayakan pahlawan yang telah telah berjaya menentang musuh dan memberi penghormatan kepada mereka.Dengan itu, pesta tersebut telah dinamakan “Kapala Tausanan Sangod”. Pada keesokan harinya, selepas penghulu memberi ucapan, mulalah mereka menjalankan pesta tersebut selama tujuh hari tujuh malam sehinggalah ke tujuh hari dan ke tujuh malamnya, maka di halaman rumah mereka sudah menjadi lumpur dan lumpur dalam bahasa dusun adalah Rana.Maka dengan kejadian itu penghulu kampung itu merancangkan supaya tempat tinggal mereka diberi nama dan semua ketua pahlawan di kampung terkena lumpur ataupun dalam bahasa dusunnya Nakarana dan juga di panggil KARANA-RA’AN.Maka dengan itu penghulu memutuskan nama kampung tersebut adalah KARANAAN dan sehingga sekaranglah nama itu dipanggil. tempat yang sekarang ini adalah anak kepada Kampung Karanaan. Dahulunya tempat ini dipangil Kubong kerana tempat ini berbentuk seperti kuali. Apabila tempat asal Kampung Karanaan tidak sesuai diduduki lagi,Penduduknya berpindah ke Kubong dan membawa kembali nama Kampung Karanaan sebagai nama kampung mereka. Keistemewaan kampung ini ialah selepas daripada penukaran nama tempat kampung ini,Namun Parang Potong kepala tetap wujud,tetapi diakui pahlawan Kampung Karanaan kuat dan gagah termasyhur kerana perpaduan yang begitu kuat dan bersatu.Selain itu, kampung ini dahulu mempunyai pagar ajaib yang berjaga apabila ada musuh yang menganggu tempat-tempat tersebut seperti yang dipanggil orang dusun sebagai Pamaganan, Segindai ( Tampat Kapala Tausanan ) dan Patod. Kewujudan kampung Karanaan di beberapa buah tempat di kawasan daerah lain adalah apabila musuh yang menyerang dari luar kawasan gagal mengalahkan pahlawan kampung ini.Namun pahlawan di sini tidak berpuas hati lalu mengejar hingga ke Kampung Tiung Tuaran.Sampai di Kampung Tiung Tuaran ,pahlawan dari kampung kita menyerang musuh dan menang serta membawa pulang Kapala Tausanan.Selepas itu pahlawan kampung ini mengejar musuh ke tambunan dan di sana pun mereka mendapat kejayaan yang sama.Lalu lepas itu, pahlawan kampung ini mengejar musuh ke Papar,Tuaran dan Tamparuli.Mereka Berjaya menentang musuh.Maka dengan itu nama-nama seperti Kg Karanaan Tambunan, Kg Karanaan Papar, Kg karanaan Tuaran Tamparuli dan Kg Karanaan Tiung Tuaran wujud dan terjadi.Sebahagian orang disana pun berasal daripada kampung ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)
