ASAL - USUL KAMPUNG KARANAAN LAMA RANAU SABAH
DITULIS OLEH:
( anak kelahiran kampung karanaan Ranau )
Masa dulu- dulu lagi
ada satu keluarga dari Nonok Ragang mereka ini ingin mencari sumber rezeki dan
tempat tinggal yang sesuai untuk keluarga mereka. Maka dengan itu, keluarga
tersebut telah merancang untuk menyusuri sebuah sungai yang diberi nama sungai
Liwogu.Apabila mereka sampai di kuala sungai Liwogu dan sungai lagi yang diberi
nama sungai Kenipir. Keluarga tersebut merancang untuk menyusuri sungai Kenipir
tersebut. Selepas itu,keluarga
tersebut telah sampai di satu tempat yang bernama Timbabar.Mereka telah
menjadikan tempat tersebut sebagai tempat tinggal sementara sehinggalah
keluarga tersebut beranak-pinak.Apabila keluarga itu semakin banyak dan
bertambah jumlahnya.Disebabkan oleh itu, keluarga tersebut telah melantik
seorang daripada mereka sebagai penghulu dan merangkap sebagai ketua pahlawan.
Tapi mereka tidak lagi menduduki tempat tersebut kerana tempat tersebut sudah
tidak sesuai untuk diduduki dan sumber rezikinya sudah tiada.Seterusnya, mereka merancang
untuk menyusuri hulu sungai Kenipir tersebut. Sampailah mereka di suatu tempat
yang tempat tersebut belum bernama. Tahun demi tahun,keluarga tersebut
bertambah lebih banyak lagi sehinggalah mencapai tujuh buah rumah panjang, yang
setiap sebuah rumah mempunyai ketua pahlawannya yang tersendiri. Bangsa mereka
pada masa itu adalah dusun dan mereka mempunyai satu ketua pahlawan
di setiap rumah panjang tersebut kerana bangsa dusun atau kebiasaannya
dipanggil kaum dusun disebabkan keturunan orang masih menegakkan perpaduan. Selepas
itu, penghulu merancang membuat satu pesta besar-besaran untuk merayakan
pahlawan yang telah telah berjaya menentang musuh dan memberi penghormatan
kepada mereka.Dengan itu, pesta tersebut telah dinamakan “Kapala Tausanan Sangod”. Pada keesokan harinya,
selepas penghulu memberi ucapan, mulalah
mereka menjalankan pesta tersebut selama tujuh hari tujuh malam
sehinggalah ke tujuh hari dan ke tujuh malamnya, maka di halaman rumah mereka
sudah menjadi lumpur dan lumpur dalam bahasa dusun adalah Rana.Maka dengan
kejadian itu penghulu kampung itu merancangkan supaya tempat tinggal mereka
diberi nama dan semua ketua pahlawan di kampung terkena lumpur ataupun dalam
bahasa dusunnya Nakarana dan juga di
panggil KARANA-RA’AN.Maka dengan itu penghulu memutuskan nama kampung tersebut
adalah KARANAAN dan sehingga sekaranglah
nama itu dipanggil. tempat yang sekarang ini adalah anak kepada Kampung
Karanaan. Dahulunya tempat ini dipangil Kubong kerana tempat ini berbentuk
seperti kuali. Apabila tempat asal Kampung Karanaan tidak sesuai diduduki
lagi,Penduduknya berpindah ke Kubong dan membawa kembali nama Kampung Karanaan
sebagai nama kampung mereka. Keistemewaan kampung ini ialah selepas daripada
penukaran nama tempat kampung ini,Namun
Parang Potong kepala tetap wujud,tetapi diakui pahlawan Kampung Karanaan
kuat dan gagah termasyhur kerana perpaduan yang begitu kuat dan
bersatu.Selain itu, kampung ini dahulu mempunyai pagar ajaib yang berjaga
apabila ada musuh yang menganggu tempat-tempat tersebut seperti yang dipanggil orang dusun sebagai Pamaganan,
Segindai ( Tampat Kapala Tausanan ) dan
Patod. Kewujudan kampung Karanaan di beberapa buah tempat di kawasan
daerah lain adalah apabila musuh yang menyerang dari luar kawasan gagal mengalahkan pahlawan kampung
ini.Namun pahlawan di sini tidak berpuas hati lalu mengejar hingga ke Kampung
Tiung Tuaran.Sampai di Kampung Tiung Tuaran ,pahlawan dari kampung kita
menyerang musuh dan menang serta membawa pulang Kapala Tausanan.Selepas itu
pahlawan kampung ini mengejar musuh ke tambunan dan di sana pun mereka mendapat
kejayaan yang sama.Lalu lepas itu, pahlawan kampung ini mengejar musuh ke
Papar,Tuaran dan Tamparuli.Mereka Berjaya menentang musuh.Maka dengan itu
nama-nama seperti Kg Karanaan Tambunan, Kg Karanaan Papar, Kg karanaan Tuaran
Tamparuli dan Kg Karanaan Tiung Tuaran wujud dan terjadi.Sebahagian orang
disana pun berasal daripada kampung ini.
siapa-siapa berminat hendak mengetahui nama-nama pahlawan kg karanaan Ranau masa dulu-dulu...anda boleh mencari seorang penduduk kg karanaan yg lama tinggal di kg karanaan...
ReplyDeletesepa gia nama kau sy mau tau maklumat kg karanaan utk proposal sya
ReplyDeleteSepa Gia nama kau ngam plak dngn tajuk kk saa
ReplyDelete